Thursday, 3 November 2011

kisah ubi kentang....

Hari ini nak cerita tentang kisah penanam ubi kentang dan ubi kentang juga..Macam best je..makan panas-panas masa musim hujan sekarang kan?hahaha...Di sebuah negara yg banyak tanam ubi kentang, ada 2orang petani yang mengusahakan tanaman ubi kentang.Kalau nak tahu, atau kalau dah tahu, selepas ubi kentang ni dipetik, ia diasingkan mengikut saiz dan dijual mengikut gred.Jadi, tugasan yang paling memakan masa adalah untuk mengasingkan ubi kentang ini mengikut gred-gred mereka.Pada suatu hari petani A bertanya kepada petani B, bagaimana dia boleh mengasingkan ubi-ubi kentang itu dengan sangat cepat berbanding orang-orang lain dan oleh kerana itu dia mendapat hasil yang lebih lumayan.Maka petani B pun memebritahu apakah rahsia keberhasilannya itu:-

Setelah saya memetik semua ubi-ubi kentang itu dari ladang saya terus memasukkannya kedalam bekas simpanan atau raga dan memunggahnya keatas lori.Saya tidak melalui jalan yang lurus dan elok sebaliknya saya akan memilih jalan yang paling teruk, berbatu-batu dan berliku-liku untuk sampai ke kilang. Apabila sampai dikilang, ubi-ubi itu telah dengan sendirinya terasing mengikut saiz dan gred masing-masing. Yang paling kecil, akan termendap ke bawah dan yang paling besar akan terus kekal di atas.


Sebenanrya samalah juga dengan kehidupan kita.Apabila melalui jalan yang sukar, yang tabah, kuat dan BERGRED TINGGI akan terus unggul dipuncak dan yang lemah, tidak bersemangat dan bermotivasi, akan tenggelam dan tertindis di bawah.Sebab itu, dalam kehidupan seharian perlu dan harus ada segala cabaran dan halangan-halangan itu, agar dapat dibezakan antara,yang lemah, kurang baik, baik, atau yang terbaik.Sama seperti ubi kentang tadi.Jika petani itu tidak memalui jalan yang sukar, ubi-ubi itu tidak akan bergerak mengikut gred masing-masing.SEkarang pilihan yang tinggal, hanyalah kita ingin menjadi ubi kentang yang mana?yang tenggelam dibawah, yang dilabel dengan gred rendah dan dibayar dengan harga yang murah dipasaran, atau dipertengahan atau antara ubi kentang yang terbaik dikalangan terbaik.Yang dilabel sebagai ubi kentang terbaik, bergred tinggi dan dibayar dengan harga yang cukup tinggi dan akhirnya dimasak dan dimakan oleh orang-orang yang berkelas tinggi juga.Tepukla dada tanya apa saja asalkan jawapan yang diperolehi memenuhi kehendak diri. 

So, moral of the story kat sini, bertabahlah menghadapi cabaran dalam hidup sebab itu memang pra-syarat untuk menjadi insan bergred tinggi dikalangan seluruh insan didunia ini.SEmoga kita antara ubi kentang yang berkelas tinggi itu dan bakal dibayar dengan harga yang tinggi..ameen.........

No comments:

Post a Comment