Malam ni, tiba-tiba dapat angin nak ngomen-ngomen pasal dailay peibahasa melayu ni.hahaha.Suka-suka je ni,jangan ambik serius pula.Bukan apa.kadang-kadang bila fikir sesetengah peribahasa ni ddah tak relevan dah dengan zaman sekarang.okkkk..jangan melatah..pada pandangan sy je,mungkin bg org lain tak..up to u la..Tapi,tengok dulu apa kata saya ye...hehehe
- Macam kacang lupakan kulit
Maksud sebenar peribahasa ini adalah orang yang tak mengenang budi.Sebabkan maksudnya macam tu, nampak macam jahat orang yang makan kacang dan kulitnya dibuang.Habis tu, adakah kita perlu simpan kulit kacang lepas makan?apakah sebenarnya yang diharapkan selepas kita makan kacang?Satu lagi,bukan kacang yang lupakan kulitnya, orang yang makan kacang tu,yang pisahkan kacang dan kulitnya.Kenapa salahkan kacang? Kacang tak minta pun semua ini berlaku.hahaha..
- Nasi sudah jadi bubur
Maksud peribahasa ni, semuanya sudah terlambat.Tak ada apa-apa yang boleh diubah lagi.Tidaklah salahnya dengan peribahasa ni.Tapi, bila saya baca peribahasa ni, rasa macam bubur macam tak guna sangat.Seolah-olah bila dah jadi bubur tu, it is waste.Sangat tak guna.Padahal, bubur still ada kegunaannya.Ada org yang lagi suka makan bubur dan orang sakit lagi sesuai makan bubur dari nasi kan?So, saya rasa, bubur memangla tak boleh reverse jadi nasi, tapi itu bukan bererti it is end of the world.Kita kena adaptasikanla agar bubur boleh memberi manfaatnya.Samalah dengan maksud tersirat peribahasa ni.Janganla ingat bila sesuatu berlaku tak seperti yang diharapkan, dan dah tak boleh buat-buat apa-apa.Come on...still ada peluang kalau nak kan??
- Pisang berbuah dua kali
Yang ni saya kurang faham apa signifikannya. Biasanya kita guna bila nak cakap kita tak nak perkara buruk ni berulang lagi.Jadi kita kata, saya tak nak pisang berbuah dua kali. Pertama, persoalan saya,kenapa takut pisang berbuah 2kali?sebab pisang memang lumrahnya berbuah sekali je.Jadi tak perlu takut-takut.Memang takkan berbuah dua kali.Persoalan kedua, kenapa kita asyik cakap tak nak pisang berbuah dua kali?Bukan bagus ke kalaulah tiba-tiba pisang berbuah 2kali.Dapat hasil lebih, siap boleh masuk Book of record lagi.Jadi kenapa ia digunakan untuk menyatakan perkara-perkara yang kita tak ingini berlaku.huhuhu
- Bagai pinang dibelah dua
Maksud peribahasa ni, pasangan yang secocok dan sepadan.Pertama, saya tak faham kenapa pinang? Kenapa bukan buah lain? asalkan ia terbelah dengan sangat cantik,nampaksepadan juga kan?Kedua, kenapa terbelah dua?kalau kita belah 4 ke 6 ke?asal nombor genap tak boleh ke?Sebenarnya, peribahasa ni tak berani komen lebih-lebih sebab tak tahu sangat pasal buah pinang ni.hehehe
- Menangis air mata darah/air mata kering
Yang ni nak cakap,menyesal macamana sekalipun, dah tak guna.hahaha.Secara saintifiknya, kita takkan mengeluarkan darah atau air mata takkan kering banyak manapun kita menangis.Jadi, tipulah kalau orang tu cuba nak expresskan betapa dia sangat berduka hingga dia cakap, air mata dah kering atau menangis air mata darah.Jadi, saya rasa logik memainkan peranan di sini.rilexla nak hyperbola pun.Tunjuk kat saya, siapa yang nangis keluar darah tu?Or sape yang dah kering air mata tu?hahaha..tau tak berani
- Harapkan pagar, pagar makan padi
saje je ni suka-suka janganla terlebih emosi marah-marah saya pula sebab hal ni..peace...no war!!
No comments:
Post a Comment