Wednesday, 28 December 2011

ROOT CANAL TREATMENT


Root canal treatment is one of the treatments offered by dentist in order to save the badly injured tooth. In my own word , I can conclude that RCT is treating the very small injured area, using the small instrument  to put small medicament and material, in the small cavity access with the small chances of successful  but really need very big patience, concentration and skills.

Aku tak tahu lagi in future bagaimana,tapi buat masa sekarang it really does not suit me very well. Tapi still it is part of dental student requirement.Practical endodontic baru saja berakhir dan I can feel all the pressure, stress, and tiredness in doing it.Terus,  aku set-kan dalam conscious mind, sah-sah benda alah ni aku siapkan akhir sekali.

Tapi, tak tahula, adakah ini rezeki atau ujian tuhan tapi aku yakin ada hikmah disebaliknya, baru-baru ni accidently, aku dapat case ni free-free je depan mata macam bulan jatuh ke riba.pluuup gitu. In one part of my heart very greatful n happy, at least boleh fulfill satu requirement. Tapi, another part lagi, rasa macam tak nak ambil je kes ni sebab that great and big patience, concentration, and skills that I mentioned above are still not here. Therefore, a big room of uncertain and hesitant is there in me.

Bila fikir masak-masak, ada satu perasaan ingin challenge dii sendiri untuk buat sesuatu yang mencabar, tapi …am I digging a grave to my patient? Surely akan sangat sedih and menangis bila fikirkan ini.Patient put all the trsut when he call me Dr. (eventhough, im still not) and with the hope that I can do good and no harm to him. But, can I just take the case just to challenge myself??OMG!! what am I doing??with all the thinking in my mind I cannot show my confidence to my patient and that is the things that I am very afraid of and dislike most about myself.
So now, should I proceed the case, or should I give up and transfer the patient?hope god will show me the best thing to do..

Thursday, 8 December 2011

menjaga hati...

lama kot dah tak post..topic hari ini hati.Pernahkah terfikir bagaimana cara terbaik untuk jaga hati orang dan simultaneously hati sendiri.Susah kot.Tak boleh ke kedua-duanya dipreserve tanpa perlukan pengorbanan.Secara peribadinya, saya tak suka bila ada yang berkecil hati dengan saya.Atas dasar itu,selalu je terfikir saya akan sedaya upaya tidak akan berkecil hati dengan orang lain kerana saya tak nak orang lain gelisah disebabkan saya.Tetapi malangnya,apabila kita memang melaui sesuatu kejadian yang memang menyebabkan kita rasa kecil hati sangat,maka bagaimana lagi kita nak nafikan perasaan itu.uishhh...inilah yang saya katakan antara menjaga hati sendiri dan orang lain.Kalau kita pilih untuk menjaga hati sendiri, kita akan show kan sangat, `hey you..you did wrong to me and i hurt because of you!`Bagi dia rasa sikit and importantly sedar yang dia memang buat salah dan plz be aware!!next time,plz dont do this to me again.That is quite a good      technique but kadang-kadang fikir,kesian juga pada orang tu.Terutamanya apabila dia kadang-kadang takdela sengaja sangat(tapi unsur sengaja still ada).Tapi, bagaimana pula kalau kita korbankan hati kita.Biar hati tu bengkak sorang-sorang dan pendam je.So that, orang bersalah tu, takkan rasa bersalah.Which one u will choose.It is so kind if we can put ourselve into the second choice.But,ohhhh for me i really cannot.I really cannot do it. so, at the end of the day still akan menyebabkan orang bersalah itu sedar yang dia memang bersalah.i just can promise that i will always forgive and forget.Tetapi,certain period of time,need my own time..

Saturday, 12 November 2011

HIJAB

Sekarang ni demam musim cerita seram.Memang it is not a good culture to hv a lot of this kind of movies.Secara jujurnya,sayapun tak berapa suka dengan kemunculan cerita-cerita tahyul yang berlambak-lambak, tapi naturally saya dari kecil lagi memang sukakan cerita-cerita adventure, seram dan ngeri.So, cerita-cerita hantu are included.


Terbaru, saya menonton cerita Al-Hijab arahan Pierre Andre.Apa pandangan anda yang dah menonton?Bagi saya, sesetengah part, saya suka, ada juga sesetengah part yang saya tak berapa like.huhuhu..Ok....saya suka dengan tema cerita yang cuba dibawakan Pierre.Saya rasa ni first movie yang cuba kupas, bagaimana manusia atau lebih tepat sesetengah manusia dapat berhubung dengan dunia halus.Semuanya bermula dengan hijab.Kadang-kadang kita tengok, kenapa ada sesetengah orang senang sangat dirasuk atau dapat lihat benda-benda halus, dan semua ini sebenanrya bergantung kepada hijab seseorang itu.Tapi, ada beberapa scene yang saya tak faham dan saya rasa perlu diperincikan lagi.


  • Apa sebenanrya hutang yang dikatakan oleh Mak Cik terhadap ibu Rafael(Pierre) hingga dia sanggup nak tolong Rafael untuk buka hijab
  • Mak cik tu cakap, dia tahu Rafael dalam kesusahan dan perlu pertolongan dia,dan dia tolong Rafael dengan bukakan hijabnya.Tak diceritakan pun dalam cerita ni, apa sebenanrya masalah Rafael hingga dia seharusnya buka hijab.Setakat niat asalnya hanya untuk dapat feel untuk lakonan seramnya.Takkanla hanya sebab itu, mak cik tu sanggup risikokan untuk bukakan hijab untuk Rafael
  • Selepas Rafael buka hijab, dia nak balik kerumah malam tu dan ada hantu yang mengikutnya.Tapi,kenapa dia tak dapat lihatpun hantu itu, dan hanya orang sekitarnya pula yang dapat lihat hantu tu.Sekarang hijab sape yang terbuka sebenarnya?
  • Saya rasa perkaitan antara Rafael dan Mak cik pembuka hijab tu,perlu digarapdengan lebih baik.Bagaimana mak cik tu boleh kenal Rafael, kenapa dia sanggup buka hijab Rafael dan semuanyala.Bagi saya, ia samar-samar
  • Yang paling saya tak suka, ending dia.Dari awal lagi saya dah boleh expect Mak Cik tu akan meninggal dan Rafael akan mengalami masalah.Tapi, saya sangkakan masalah itu adalah klimaks pada cerita ini, bukan menjadi endingnya.Endingnyaseolah-olah sebuah cerita yang tiada penyelesaian.Atau mungkin akan ada Al-Hijab 2,saya tak tahula
  • Kadang-kadang saya rasa ceritaini,banyak scene-scene yang tidak perlu, tapi perkara-perkara yang penting tak pula deiperincikan.
  • Elemen seram dalam cerita ni, bagi saya standard cerita seram Malaysia la.Okla..
Tapi, dalam-dalam banyak mengomen pasal cerita ni, saya suka lakonan Fathiya.Kekasih Rafael.Saya rasa dia sangat sweet dalam cerita ni.hahaha...Itu sajalah..Selamat Menonton Al-Hijab bagi yang melayan cite-cite seram ni.Bagi yang tak suka, toksah.Tak yah nak paksa-paksa diri kan..Ok, selamat menonton

Tuesday, 8 November 2011

peribahasa orang-orang tua....

Malam ni, tiba-tiba dapat angin nak ngomen-ngomen pasal dailay peibahasa melayu ni.hahaha.Suka-suka je ni,jangan ambik serius pula.Bukan apa.kadang-kadang bila fikir sesetengah peribahasa ni ddah tak relevan dah dengan zaman sekarang.okkkk..jangan melatah..pada pandangan sy je,mungkin bg org lain tak..up to u la..Tapi,tengok dulu apa kata saya ye...hehehe

  • Macam kacang lupakan kulit
Maksud sebenar peribahasa ini adalah orang yang tak mengenang budi.Sebabkan maksudnya macam tu, nampak macam jahat orang yang makan kacang dan kulitnya dibuang.Habis tu, adakah kita perlu simpan kulit kacang lepas makan?apakah sebenarnya yang diharapkan selepas kita makan kacang?Satu lagi,bukan kacang yang lupakan kulitnya, orang yang makan kacang tu,yang pisahkan kacang dan kulitnya.Kenapa salahkan kacang? Kacang tak minta pun semua ini berlaku.hahaha..

  • Nasi sudah jadi bubur
Maksud peribahasa ni, semuanya sudah terlambat.Tak ada apa-apa yang boleh diubah lagi.Tidaklah salahnya dengan peribahasa ni.Tapi, bila saya baca peribahasa ni, rasa macam bubur macam tak guna sangat.Seolah-olah bila dah jadi bubur tu, it is waste.Sangat tak guna.Padahal, bubur still ada kegunaannya.Ada org yang lagi suka makan bubur dan orang sakit lagi sesuai makan bubur dari nasi kan?So, saya rasa, bubur memangla tak boleh reverse jadi nasi, tapi itu bukan bererti it is end of the world.Kita kena adaptasikanla agar bubur boleh memberi manfaatnya.Samalah dengan maksud tersirat peribahasa ni.Janganla ingat bila sesuatu berlaku tak seperti yang diharapkan, dan dah tak boleh buat-buat apa-apa.Come on...still ada peluang kalau nak kan??

  • Pisang  berbuah dua kali
Yang ni saya kurang faham apa signifikannya. Biasanya kita guna bila nak cakap kita tak nak perkara buruk ni berulang lagi.Jadi kita kata, saya tak nak pisang berbuah dua kali. Pertama, persoalan saya,kenapa takut pisang berbuah 2kali?sebab pisang memang lumrahnya berbuah sekali je.Jadi tak perlu takut-takut.Memang takkan berbuah dua kali.Persoalan kedua, kenapa kita asyik cakap tak nak pisang berbuah dua kali?Bukan bagus ke kalaulah tiba-tiba pisang berbuah 2kali.Dapat hasil lebih, siap boleh masuk Book of record lagi.Jadi kenapa ia digunakan untuk menyatakan  perkara-perkara yang kita tak ingini berlaku.huhuhu

  • Bagai pinang dibelah dua
Maksud peribahasa ni, pasangan yang secocok dan sepadan.Pertama, saya tak faham kenapa pinang? Kenapa bukan buah lain? asalkan ia terbelah dengan sangat cantik,nampaksepadan juga kan?Kedua, kenapa terbelah dua?kalau kita belah 4 ke 6 ke?asal nombor genap tak boleh ke?Sebenarnya, peribahasa ni   tak berani komen lebih-lebih sebab tak tahu sangat pasal buah pinang ni.hehehe

  • Menangis air mata darah/air mata kering
Yang ni nak cakap,menyesal macamana sekalipun, dah tak guna.hahaha.Secara saintifiknya, kita takkan mengeluarkan darah atau air mata takkan kering banyak manapun kita menangis.Jadi, tipulah kalau orang tu cuba nak expresskan betapa dia sangat berduka hingga dia cakap, air mata dah kering atau menangis air mata darah.Jadi, saya rasa logik memainkan peranan di sini.rilexla nak hyperbola pun.Tunjuk kat saya, siapa yang nangis keluar darah  tu?Or sape yang dah kering air mata tu?hahaha..tau tak berani

  • Harapkan pagar, pagar makan padi
Maksud peribahasa ni,kita harapkan orang yang kita percayakan,tapi rupa-rupanya dia yang tikam belakang.Saya boleh kolerasikan maksud tersirat dan tersurat dari peribahasa ni.Tapi, saya nak sangat tengok,macamana pagar makan padi?Kalau maksudnya kat sini, pagar tu terbuka dan biarakan binatang masuk dan makan padi tu, still bukan pagar yang makan.Yang kedua, ada ke orang pagarkan padi??Bukan dekat sawah orang pacakkan orang-orang je ke?hahaha
saje je ni suka-suka janganla terlebih emosi marah-marah saya pula sebab hal ni..peace...no war!!

Saturday, 5 November 2011

HURT....:(

First of all, SELAMAT HARI RAYA ADILADHA a.k.a Hari raya Korban...Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Yang Esa dan mendapat barakahnya..ameen..
Okla, kali ni nak share sikit pasal lagu oang putih yang saya suka.huhuhu.Tak banyakpun sebenanrya lagu mat salleh yang melekat dalam hati saya, tapi adala beberapa yang terpilih dan istimewa.hahaha..Bukan apa, sebab saya memang jenis yang dengar lagu dan mesti saya nak faham pasal lagu tu, bukan just dengar sedap telinga je.So, bila lagu english, susah sikit, sebab saya kena google lirik dan cuba fahamkan.Al-maklumla,mutu english saya bukan taraf 5bintang,setakat sekali dengar tak dapat tangkap pun.huhu

So, kali ni lagu yang di share adalah `HURT` by Christina Aguilera.Lagu ni tak silap saya sangat meletup-letup pada tahun 2006-2007.Masa tu saya kat matrikulasi. First time dengar lagu ni, saya tertarik dengan lagu dia, tapi saya ingat lagu ni pasal jiwang-jiwang punya.Ye la, sebab Christina nyanyi macam penuh emosi sampai kitapun rasa kepedihan dia. Saya takla berminat nak cari betul-betul lirik dia sampailah kawan india saya yang bagitahu saya, ikut video klip lagu ni, ia berkisar tentang penyesalan seorang anak terhadap kesilapannya terhadap ayahnya.Lepas tu, barulah saya beria-ia cari llirik lagu ni dan tengok video klip juga. Godddd...very touching.Kebetulan, tahun tu, saya baru kehilangan ayahanda tercinta, lagila lagu ni memberi makna dalam hidup saya.Setiap kali dengar lagu ni, mesti saya menangis, sebab saya rasa, sayapun macam Christina juga, dan nak cakap benda yang sama juga kepada ayah saya.huhuhu.

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were, but I walked away
If only I knew what I know today
Ooh, ooh

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there

Maksud part ni, semua benda ni berlaku dengan sangat cepat, hingga seolah-olah rasanya baru semalam.Kesilapan yang dilakukan, bila saya tak pernah cuba menghargai penghargaan yang diberikan oleh orang yang paling menghargai dan membanggakan saya.Tapi, kalaula saya tahu, itu adalah yang terakhir kali,betapa saya.....
Saya akan pegang tangan yang sangat berjasa itu, Akan leraikan semua kepayahan dan kesusahan yanng dilalui, Saya akan sangat berterima kasih untuk segalanya, Dan memaafkan segala yang saya pernah terasa untuk perkara yang tak seberapa.Tapi sekarang, sangat terlambat sebab tak ada apa-apa yang boleh saya buat hanya untuk dengar suara itu.Kalaula saya boleh saya hanya menghubungi awak, tetapi pastinya tiada siapa akan menjawab...
Banyaknya penyesalan disitu.Penyesalan yang kalau kita baca, tak ada gunaya disesalkan, tapi kita takkan pernah boleh memaafkan diri kita untuk semua perkara yang kita abaikan itu.


Ohh I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you




This part yang paling all out dinyanyikan oleh Christina and that is very true, saya telah benar-benar melukakan diri sendiri dengan melukakan awak.SORRY (but it never enough)


Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?

There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes
And see you looking back


Semua ni soalan-soalan yang sangat teringin nak tanya dan sangat ingin mnedengar jawapannya.Tetapi,memang tak ada apa-apa pun yang boleh saya buat untuk lihat mata itu, dan mata itu memandang kembali pada saya walaupun sekali. Alangkah baiknya kalau saya dapat peluang itu, cukup sekadar dapat melihat matanya, kerana didalamnya penuh kasih sayang yang akan mententeramkan hati ini


If I had just one more day
I would tell you how much that I've missed you
Since you've been away


This part, is really complete to express the feeling and meaning.Kalaula saya memiliki, cukup hanya untuk satu hari atau satu kali untuk bersua dan meluahkan, saya pasti akan gunakan peluang itu, untuk luahkan betapa saya rindukannya.Sangatttt rindukan dia  kerana hingga hari ini, saya masih rindukan dia, dan hingga keakhirnya, saya akan tetap rindukan dia, kerana takkan pernah ada yang mampu menggantikan dia....



Thursday, 3 November 2011

PERTEMUAN vs PERPISAHAN...

Setiap hari kita akan berdepan denngan 2 perkara ini.Pertemuan dan Perpisahan.

Pertemuan akan membawa kepada sebuah perhubungan yang baru.....
Cukup sekadar tangan yang menjadi jambatan perhubungan itu dan kita berkongsi kasih sayang....






Pertemuaan adalah sesuatu yang tak disangka.Apabila kita bertemu kerana takdir dan hubungan itu terjalin...
Siapa akan tahu, sebuat pertemuan biasa, menentukan sebuah jalinan yabg luar biasa......









Dan apabila ada pertemuan,  perpisahan itu akan ada jua...
Meninggalkan atau ditinggalkan??
Dengan kerelaan atau terpaksa, demi masa depan yang lebih baik....
Semoga perpisahan itu tidak menjadikan sesorang itu sendirian...

Semoga perpisahan akan membenihkan pertemuan yang baru....
Dan Apa yang terpenting adalah, TOLONG JANGAN BERPALING KEMBALI....
Kerana ini hanya akan memberatkan hati yang meninggalkan dan ditinggalkan...
Dan akhirnya...kita akan melihat PERPISAHAN sesuatu yang menyakitkan...
Dan melukakan banyak hati...
Padahal at the end of the day,,saya masih ingin melihat awak terseyum....


disana menanti disini menunggu..

o..cei..cei...macam bagus je tajuk entry ni.hehehe..Ni sebenarnya tajuk lagu zaman dulu-dulu, around 90-an kot.Kumpulan UKAYS yang nyanyikan lagu ni tapi quite evergreen juga la.Kenapa tiba-tiba nak share lagu ni?Sebab ni adalah lagu pertama dalam hidup saya yang saya pandai nyanyi and cuba faham maksud lirik dia.Masa tu around umur 7tahun macam tu la.Waa..macam kecik-kecik dah jiwang erk..kahkahkah..Takdela.

 Masa saya cuba faham lagu ni, saya rasa, saya faham betapa kelirunya lelaki ni pilih 2insan yang dia suka.Tapi, saya takla rasa kasihan pada dia, sebab at the end of the day, dia still akan dapat sesuatu.Yang saya paling kasihankan adalah 2orang insan yang menjadi calon pilihan dia.Okla, kita tengok lirik lagu ni dulu ye...
 
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu  
Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...


Lelaki ni sebenanrya dah ada kekasih yang sempurna pada matanya. Mungkin, jarak memisahkan mereka buat seketika, so dalam pada waktu itu, dia bertemu dengan seorang lagi wanita yang juga turut istimewa pada matanya. Maka it all about how to make the best decision.It is common thing we did, bila nk memilih kita akan nilai pro and cons dia and thats what this guy ni buat.Untuk 1st wanita yang dia kenal, dia kagum dengan kesetiaan dan ketabahan wanita itu menanti dia walaupun terpisah oleh jarak.Untuk 2nd wanita yang hadir dalam hidup dia,sangat jelas didepan mata dia, dan tetap sabar menunggu apa jua keputusan yang bakal di buat.Tapi kan, daripada penilaian lelaki ni, nampak sangat sebenarnya, dia memang teringin dan berharap dapat memilih 2nd wanita yang baru dia kenal, cuma the only reason dia keliru sebab dia kasihankan 1st wanita itu sebab dah lama kenal.

Lelaki kan...macam tu la, as expected..akan pilih yang baru.Saya kagum dan hormati tindakan yang dilakukan oleh 1st wanita itu.Dia yang dengan ikhlas dan relanya menarik diri dari hubungan ini.
Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

Masa 1st time saya dengar lagu ni, saya sangat curious nak tahu, macamana masalah ini akan selesai.Then, bila masuk part last lirik ni, baru saya faham penyelasaian yang terjadi dan saya suka penyelesaian ni. Sebab, obviously lelaki ni memang dah tak cintakan 1st wanita tu, perasaan yang ada hanyalah kasihan, jadi kenapa kita harus mengharap pada yang tak sudi kan?Apabila perempuan tu sendiri yang tarik diri, menampakkan harga dirinya and that is very cool.huhuhu.

Moral of the story, jangan mengharap pada yang tak sudi. Cinta adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita, tetapi bukan satu-satunya benda penting dalam hidup kita. Kita akan rasa terkilan jika tidak memiliki cinta, tapi itu bukan kecacatan. 
 

kisah ubi kentang....

Hari ini nak cerita tentang kisah penanam ubi kentang dan ubi kentang juga..Macam best je..makan panas-panas masa musim hujan sekarang kan?hahaha...Di sebuah negara yg banyak tanam ubi kentang, ada 2orang petani yang mengusahakan tanaman ubi kentang.Kalau nak tahu, atau kalau dah tahu, selepas ubi kentang ni dipetik, ia diasingkan mengikut saiz dan dijual mengikut gred.Jadi, tugasan yang paling memakan masa adalah untuk mengasingkan ubi kentang ini mengikut gred-gred mereka.Pada suatu hari petani A bertanya kepada petani B, bagaimana dia boleh mengasingkan ubi-ubi kentang itu dengan sangat cepat berbanding orang-orang lain dan oleh kerana itu dia mendapat hasil yang lebih lumayan.Maka petani B pun memebritahu apakah rahsia keberhasilannya itu:-

Setelah saya memetik semua ubi-ubi kentang itu dari ladang saya terus memasukkannya kedalam bekas simpanan atau raga dan memunggahnya keatas lori.Saya tidak melalui jalan yang lurus dan elok sebaliknya saya akan memilih jalan yang paling teruk, berbatu-batu dan berliku-liku untuk sampai ke kilang. Apabila sampai dikilang, ubi-ubi itu telah dengan sendirinya terasing mengikut saiz dan gred masing-masing. Yang paling kecil, akan termendap ke bawah dan yang paling besar akan terus kekal di atas.


Sebenanrya samalah juga dengan kehidupan kita.Apabila melalui jalan yang sukar, yang tabah, kuat dan BERGRED TINGGI akan terus unggul dipuncak dan yang lemah, tidak bersemangat dan bermotivasi, akan tenggelam dan tertindis di bawah.Sebab itu, dalam kehidupan seharian perlu dan harus ada segala cabaran dan halangan-halangan itu, agar dapat dibezakan antara,yang lemah, kurang baik, baik, atau yang terbaik.Sama seperti ubi kentang tadi.Jika petani itu tidak memalui jalan yang sukar, ubi-ubi itu tidak akan bergerak mengikut gred masing-masing.SEkarang pilihan yang tinggal, hanyalah kita ingin menjadi ubi kentang yang mana?yang tenggelam dibawah, yang dilabel dengan gred rendah dan dibayar dengan harga yang murah dipasaran, atau dipertengahan atau antara ubi kentang yang terbaik dikalangan terbaik.Yang dilabel sebagai ubi kentang terbaik, bergred tinggi dan dibayar dengan harga yang cukup tinggi dan akhirnya dimasak dan dimakan oleh orang-orang yang berkelas tinggi juga.Tepukla dada tanya apa saja asalkan jawapan yang diperolehi memenuhi kehendak diri. 

So, moral of the story kat sini, bertabahlah menghadapi cabaran dalam hidup sebab itu memang pra-syarat untuk menjadi insan bergred tinggi dikalangan seluruh insan didunia ini.SEmoga kita antara ubi kentang yang berkelas tinggi itu dan bakal dibayar dengan harga yang tinggi..ameen.........

Wednesday, 2 November 2011

obstacles.....

`OBSTACLES ARE THOSE FRIGHTFUL THING U SEE WHEN U FAIL TO FOCUS ON UR GOAL` 
kali ini entry saya pasal the best quote yg paling sy suka.Quote ni of cos dari someone yg sgt berpengaruh but im not sure who is he sebab saya suka quote ni kerana, kawan sy yg suka guna quote ni.Kawan saya ni kawan rapat saya masa zaman sekolah menengah dulu.She is really a motivated person. I can say that i learn to be a motivated person from her.Dia sangat bermotivasi dan sangat memotivasikan orang disekelilingnya..

Dia bagitahu quote ni masa kami tengah sangat stress dan strunggle diambang SPM dulu(Tahun 2005).Dia kata macam ni:-(mgkn dah tak ingat sangat ayat dia, tapi basically maksud yg saya faham something macam ni la)

Dalam kehidupan kita, kita takkan pernah boleh lari dari cabaran, halangan, cubaan, dan seumpanya.Bila masa tu tiba, kita akan rasa semua jalan yang ada didepan kita membukit, dan gelap hingga kita akan kadang-kadang terlintas, MAMPUKAH aku??Pada masa tu, kita akan rasa takut atau sebenanrnya sangat takut.Bolehkah aku? Berjayakah aku? Layakkah aku?Bagaimana kalau gagal?Bagaimana kalau usaha ini tak berhasil?Dan sebenarnya, semua itu hanya akan kita alami jika kita TIDAK FOKUS.Apabila kita tidak fokus, kita akan kehilangan matlamat dan arah tuju, sebab itu apabila jalan dihadapan kita membukit dan gelap kita akan takut.


Tapi, jika kita mampu STAY FOKUS pada matlamat, impian, harapan, dan tujuan perjuangan, kita takkan pernah nampak halangan-halangan itu sebagai sesuatu yang menakutkan.Kerana kita dmelihat ia sebagai halangan yang harus kita tempuh untuk mencapai impian dihadapan kita.Jadi, walau jalan didepan kita sangat sukar, sangat gelap atau sangat bahaya sekalipun, kita tetap akan teruskan juga.Sebab kita tahu, kemana kita akan tuju dan kemana kita akan sampai akhirnya dan kita juga sangat yakin kejayaan yang akan kita dapat nanti sangat berbaloi dengan kepayahan yg kita tempuh saat ini.

Saya percaya  dengan keyakinan kawan saya pada masa tu. Alahamdulillah saya dan of cos dia mendapat keputusan yg baik waktu tu.Sejak dari saat itu, setiap kali dalam hidup saya, saya rasa jalan-jalan didepan saya sedang sukar dan menyukarkan saya, saya akan fikrkan yang saya tak sepatutnya takut untuk terus bergerak, asalkan saya jelas destinasi mana yang akan saya tuju didepan sana.In conclusion, make an achievable goal, stay focus to that goal, and insya-Allah everything will be fine.........................