Thursday, 3 November 2011

disana menanti disini menunggu..

o..cei..cei...macam bagus je tajuk entry ni.hehehe..Ni sebenarnya tajuk lagu zaman dulu-dulu, around 90-an kot.Kumpulan UKAYS yang nyanyikan lagu ni tapi quite evergreen juga la.Kenapa tiba-tiba nak share lagu ni?Sebab ni adalah lagu pertama dalam hidup saya yang saya pandai nyanyi and cuba faham maksud lirik dia.Masa tu around umur 7tahun macam tu la.Waa..macam kecik-kecik dah jiwang erk..kahkahkah..Takdela.

 Masa saya cuba faham lagu ni, saya rasa, saya faham betapa kelirunya lelaki ni pilih 2insan yang dia suka.Tapi, saya takla rasa kasihan pada dia, sebab at the end of the day, dia still akan dapat sesuatu.Yang saya paling kasihankan adalah 2orang insan yang menjadi calon pilihan dia.Okla, kita tengok lirik lagu ni dulu ye...
 
Di Sana Menanti Di Sini Menunggu  
Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah...

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...


Lelaki ni sebenanrya dah ada kekasih yang sempurna pada matanya. Mungkin, jarak memisahkan mereka buat seketika, so dalam pada waktu itu, dia bertemu dengan seorang lagi wanita yang juga turut istimewa pada matanya. Maka it all about how to make the best decision.It is common thing we did, bila nk memilih kita akan nilai pro and cons dia and thats what this guy ni buat.Untuk 1st wanita yang dia kenal, dia kagum dengan kesetiaan dan ketabahan wanita itu menanti dia walaupun terpisah oleh jarak.Untuk 2nd wanita yang hadir dalam hidup dia,sangat jelas didepan mata dia, dan tetap sabar menunggu apa jua keputusan yang bakal di buat.Tapi kan, daripada penilaian lelaki ni, nampak sangat sebenarnya, dia memang teringin dan berharap dapat memilih 2nd wanita yang baru dia kenal, cuma the only reason dia keliru sebab dia kasihankan 1st wanita itu sebab dah lama kenal.

Lelaki kan...macam tu la, as expected..akan pilih yang baru.Saya kagum dan hormati tindakan yang dilakukan oleh 1st wanita itu.Dia yang dengan ikhlas dan relanya menarik diri dari hubungan ini.
Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar...
Untuk menguji...

Masa 1st time saya dengar lagu ni, saya sangat curious nak tahu, macamana masalah ini akan selesai.Then, bila masuk part last lirik ni, baru saya faham penyelasaian yang terjadi dan saya suka penyelesaian ni. Sebab, obviously lelaki ni memang dah tak cintakan 1st wanita tu, perasaan yang ada hanyalah kasihan, jadi kenapa kita harus mengharap pada yang tak sudi kan?Apabila perempuan tu sendiri yang tarik diri, menampakkan harga dirinya and that is very cool.huhuhu.

Moral of the story, jangan mengharap pada yang tak sudi. Cinta adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita, tetapi bukan satu-satunya benda penting dalam hidup kita. Kita akan rasa terkilan jika tidak memiliki cinta, tapi itu bukan kecacatan. 
 

11 comments:

  1. suka sangat baca analisis awak ini

    ReplyDelete
  2. Akhirnya sye baru tahu laki tu pilih yg mana. Tenkiu

    ReplyDelete
  3. Akhirnya baru saya tahu laki tu pilih yg mne. Thanks

    ReplyDelete
  4. Saya berada di 2nd skarang ni,tapi saya ckp dgn dia saya redha undur diri,tapi yg 1st tu tetap x nk redha dan tunggu,walaupun lelaki dh terang2 ckp kat 1st dia dh x da perasaan kt 1st lagy,kalau ada pun antara sayang dan kesian,lagy bnyk dasar kesian,saya 2nd ni serba salah,dan mintak undur diri,walaupun perit😭😭😭😭tapi perasaan 1st tu mungkin lagy perit..lelaki tu tetap keputusan dia untuk pilih saya tapi sampai skarang dia serba salah sbb yg sana x nk redha,saya lagy lah rasa terhimpit😭😭😭😭

    ReplyDelete
  5. Semua berjln dgn ridho TYME utk menjalani dan rahasiaNya tak kita tau.

    ReplyDelete
  6. Saya yang 1st tu..saya tunggu dia balik macam buah tak jatuh..tiba2 dia cakap dia dah ada yang 2nd..dia cakap dua2 dia suka..dua2 dia sayang.. last saya suruh dia buat pilihan.. dia cakap kalau dia bagi tahu pilihan dia.. nanti macam mana dengan saya.. dia kesian je kat saya..last2 saya cakap saya sedia undur diri.. and then sekarang dia dah kahwin dengan 2nd tu.. dan saya pula baru sahaja berkahwin..alhamdulillah..sekarang saya pun dah bahagia..cerita lama.. huhuhu...

    ReplyDelete
  7. thx kak. udh baca tulisan kakak di 2022. dan itu terjadi sama aku. aku pahami lagu ini dari tulisan kakak. membuka mata aku. tentang apa yang terjadi sama aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit memang jadi yang kedua. apalagi diposisi yang pertama. tpi mau gimana dibuat serba salah

      Delete
  8. kak saya yang ketiga, mmhg siallah jantan ni sebelum saya nurin kak. takpe kak saya dah reversekan diri saya

    ReplyDelete